Misi Kami / Our mission

Misi Kami / Our mission
Bukit Batu Kawan bukan sahaja menyimpan rahsia serta sejarah yang belum diterokai, malahan terdapat flora dan fauna yang jarang ditemui di negara kita. Selain daripada itu penerokaan dan penghapusan Bukit Batu Kawan ini akan mengakibatkan Bajir Lumpur di Kampung Masjid Batu Kawan dan Angin Ribut. Buat masa ini, Bukit Batu Kawan menghalang angin ribut ke kawasan Batu Kawan. Usaha yang dilakukan oleh kami adalh bagi menyeru pihak kerajaan untuk memulihara Bukit Ini sebagai Hutan Simpan dan Kawasan Bersejarah. Terima Kasih.

Tuesday, June 10, 2008

Satu Lagi Pembohongan Daripada Kerajaan DAP dan PDC.

“ SELAMAT DATANG KE BANDAR CASSIA
BATU KAWAN”

Ucapan aluan yang menyapa setiap mata yang mengunjungi Batu Kawan tertera megah diatas papantanda berdekatan simpang ke Stadium Batu Kawan.

Dengan berimejkan seorang kanak kanak yang berwajah ceria dan berlatarbelakang warna biru laut, seakan memberi isyarat melambai setiap pengunjung yang menjejaki tanah Batu Kawan dengan satu janji dan harapan bahawa, kehidupan disini akan memberi nikmat hidup yang penuh kedamaian dan kesejasteraan serta dengan warisan alam semula jadi .yang lestari .

Tidak hanya sekadar ucapan “selamat Datang”, pengunjung keBatu Kawan juga dijanjikan dengan penuh harapan untuk memperolehi kehidupan yang akan memenuhi segala kebaikan dan keperluan, menerusi slogan yang dipaparkan berbunyi

“ KEHIDUPAN YANG HARMONI DENGAN ALAM SEMULAJADI”

Slogan atau moto ini memberi satu harapan bahawa kehidupan yang harmoni dengan berkongsi hidup bersama alam semulajadi akan dapat ditemui diBatu Kawan. Kerana disini PDC dengan bangga dan menjamin bahawa alam semulajadi akan menjadi teras utama untuk mereka miliki diBantu Kawan ini.

Telah menjadi tuntutan asasi manusia untuk memilih kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Maka dengan kesedaran dan hasrat itu, manusia akan kembali untuk mendekati diri dengan sentuhan alam. Atas apa juga alasan manusia ternyata memerlukan alam ini untuk meneruskan kehidupan hari ini dan akan datang.

Oleh yang demikian Slogan “ALAM SEMULAJADI" digunakan oleh PDC sebagai umpan didalam usaha menarik minat orang ramai untuk hadir dan bermestautin di Batu Kawan.

Persoalanya apakah itu benar ? Benarkah PDC menjadikan Alam Semulajadi sebagai wadah untuk satu kehidupan yang harmoni diBatu Kawan ? Apakah PDC benar benar menjamin bahawa alam semulajadi di batu Kawan ini akan terus terjaga dan di perlihara ?

Apakah sudah ada dasar yang diwartakan oleh PDC atau kerajaan negeri untuk menentukan alam semulajadi disini terus dikekalkan, tidak diusih dan terperlihara ?

Malangnya, Kalau kita mengalih sedikit pandangan dari tepi poster atau papantanda tersebut dan melihat jauh kesudut hujung Bukit Batu Kawan dibelakang nya, maka jelas kelihatan bagaimana Bukit Batu Kawan Sedang dimusnahkan sendiri oleh pihak yang menjanjikan “ ALAM SEMULAJADI SEBAGAI WADAH KEHIDUPAN YANG HARMONI” diBatu Kawan.

Amat hairan dan mendukacitakan, seperti menyanyikan lagu “ Madu dan Racun” janji manis untuk memberikan kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi didendangkan. Namun disebalik segala madu itu pihak berkenaan sendiri menjadi racun dan agen perosak alam semulajadi diBatu Kawan.

Ini bukan dakwaan kosong yang tidak berasas. Gambar gambar kemusnahan Bukit Batu Kawan yang digondolkan oleh mereka yang bijak mengenengahkan isu alam semulajadi di sini menjadi bukti dan saksi.

Tidakah tindakan ini ternyata satu pembohongan ? Wajarkah pendekatan seumpama itu menjadi ethika sebuah badan berkanun milik sebuah kerajaan negeri ? Apakah mereka sengaja menyembunyikan isu kemusnahan Bukit Batu Kawan dengan mengalihkan perhatian kepada isu kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi ?

Apa yang jelas, Jika usaha pemusnahan Bukit Batu Kawan ini masih diteruskan, tanpa ada keinsafan dan kesedaran yang total untuk menghalangnya maka alam semulajadi yang tinggal diBatu Kawan ini hanya langit dan bumi sahaja.

Oleh itu, marilah bersama merenung dan berfikir dengan penuh keiklasan. Apakah janji ‘KEHIDUPAN YANG HARMONI DENGAN ALAM SEMULAJADI’ , diBatu Kawan ini sesuai dengan tindakan mereka yang bertangungjawap ‘MEMUSNAHKAN ALAM SEMULAJADI DI BUKIT BATU KAWAN’.

No comments: